Isnin, 21 Oktober 2013

'KME COFFEE HABBATUS SAUDA'

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Selamat berkenalan kepada sahabat-sahabat ahli perniagaan semua, samada kecil atau besar andalah 'business man' kata orang putih. Tahniah kerana anda adalah pemangkin kepada kejayaan keseluruhan terutama orang Islam.


Tujuan laman web ini dihasilkan adalah untuk memberi peluang kepada rakan-rakan seperjuangan untuk sama-sama kita mempromosikan produk  "KME Cffee Habbatus Sauda "  keluaran syarikat SHK Sinar Enterprise SA0073939..

Selain dari itu ia juga berfungsi sebagai rakan niaga untuk bertukar-tukar pengalaman, pandangan dan sebagainya.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa 99.9 % sumber rezeki adalah dalam perniagaan. kalau tak silap saya, kalau salah mohon diperbetulkan, terima kasih.

Saya seperti anda juga berniaga, secara kecil-kecilan, Alhamdulillah / Syukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki, berkat kesabaran, ketekunan saya di sokong oleh sifu saya Tuan Saiman Bin Haji Kamin iaitu Pengarah Syarikat  (SHK Sinar Enterprise SA0073939) KME Cffee Habbatus Sauda') rakan seperniagaan kini kami telah mengorak langkah menuju kejayaan. Kami mengorak langkah demi langkah dan atas kekukuhan syarikat & Karisma Melayu Enterprise SA0153527A ) Alhamdulillah kami berada di tahap sekarang, walaubagaimana pun kami masih membuka peluang kepada para usahawan baru untuk sama-sama menyertai kami dan kami akan tawarkan harga yang sangat istimewa pada stokis baru.





Untuk maklumat lanjut klik http://kme-habbatus-sauda.blogspot.com
Kopi ini adalah keluaran syarikat bumiputera http://shksinarenterprise.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Dari Abu Hurairah rodhiyallahu `anhu, Rasulallah Shallallahu SAW bersabda :

    "Tidaklah ada suatu penyakit, kecuali dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan baginya, kecuali as-Saam (kematian)" [HR. Muslim, dalam Kitab as-Salaam, bab at-Tadawi bil Habbatis Sauda'. Hadits no. 2215]

    Nama lain dari Habbatus Sauda` adalah Nigella Sativa, al-Karawiyyah as-Sauda', al-Kamoun al-Aswad, asy-Syuniz, black cumin, kerosene, coal oil, carazna.

    Menurut beberapa hasil kajian, Habbatus Sauda` memiliki khasiat --dengan izin Allah :


    1. Menguatkan immunity sistem pada diri manusia

    2. Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.

    3. Mengubati radangan serta infeksi.

    4. Merawat dan menyembuhkan penyakit pelik.

    5. Membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi dan jika diletakkan di atas perut dari bahagian luar sebagai aroma atau luluran.

    6. Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak di dubur dan tahi lalat.

    7. Menghilangkan sesak nafas & melegakan penyumbatan akibat kahak.

    8. Melancarkan perjalanan haidh.

    9. Jika dibalutkan, bermanfaat untuk menyembuhkan luka yang parah.

    10. Jika diminum, biji ini akan melawaskan kencing, haidh dan sebagainya.

    11. Membantu menyembuhkan gigitan serangga.

    12. Bila dibakar, asapnya dapat mengusir serangga.

    13. Jika ditumbuk dan dibuat adunan dengan madu dan air hangat dapat menghancurkan batu yang muncul dalam ginjal.

    14. Apabila digoreng dan dicium terus-menerus dan dicampur dengan cuka dapat menyembuhkan jerawat dan kudis.

    15. Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun kemudian dititiskan ke dalam hidung 3 titisan akan menyembuhkan resdung dan disertai bersin-bersin.

    16. Jika dihirup akan bermanfaat bagi hemiplegia (semiparalysis/lumpuh separuh).


    Aiman bin `Abdil Fattah mengatakan: "Oleh itulah kami dapat menetapkan bahawa dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan untuk segala macam penyakit, kerana peranannya yang menguatkan dan memperbaiki sistem immunity, dimana suatu sistem yang di dalamnya ada kesembuhan dari segala macam penyakit, dan memiliki kemampuan awal untuk memberikan kesembuhan secara sempurna atau sebahagian diantaranya untuk menyembuhkan segala penyakit".

    Beliau juga mengatakan : "Begitu jelaslah hakikat ilmiah tentang hadits yang mulia ini, yang sebelumnya tidak pernah diketahui sesiapapun, apalagi dinyatakan kepada masyarakat luas.

    Padahal yang demikian itu sudah dinyatakan sejak 14 abad yang lampau, yang menerima wahyu dari Dzat Yang Maha Mengetahui segala rahsia makhluk-Nya. Benar apa yang difirmankan-Nya: "Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah diwahyukan (kepadanya)." (QS An-Najm : 3-4).

    Kemudian beliau (Aiman bin `Abdil Fattah) mengingatkan : "Kajian dan penelitian tentang pengubatan ala Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam semacam ini, dengan menggunakan perkara yang sederhana namun besar manfaatnya, harus bekerja sama dengan pakar medik dan ahli pengubatan.

    Kita juga sedia maklum bahawa harga ubat-ubat kimiawi di seluruh negara Islam akan melonjak harga saat ini, sesuai dengan tata tertib organisasi perdagangan international yang melarang pembuatan ubat-ubatan kecuali di negara asalnya, yang dimulai tahun 2005.

    Kerana itulah kami menghimbau kepada para peneliti orang-orang Muslim agar aktif mengeluarkan simpanan pengubatan ala Nabi, sesuai dengan penelitian ilmiah, sebagaimana himbauan kami kepada para pelabur agar menanamkan modalnya untuk mempromosikan ubat-ubatan berdasarkan petunjuk Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam. Janganlah mereka menunggu hingga orang-orang Muslim menjadi santapan ubat-ubatan kimiawi, sebagaimana kini mereka menjadi santapan berbagai produk makanan.





    "Demikianlah sedikit tentang pengubatan dengan Habbatus Sauda'.
    "Semuga anda diberkati Allah...."

    Wasalam. Terbaik dan tahniah

    BalasPadam